I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, September 13, 2008

Kenali Pasangan Anda


Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)
1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang
tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan.
Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu
dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan
orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi
segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan
persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah
persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan
dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya
yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati
olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar
dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia
bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya
agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir
pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan
hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur
& ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan
pasangan yang susah untuk di mengertikan.
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul
dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam
soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar
partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya.
Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan
faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa
dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi
dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang
berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu
selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh
pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar
pasangan.
6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran
dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia
ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga
dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang
itu menolak kebaikannya.
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia
mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta
baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat
berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan
mudah meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut
& bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah
diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu
berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah
gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat.
Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam
pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu
dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia
sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu
cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang
paling jahat.
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap
orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan
berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan
penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani
kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam
pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia
tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu.
Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah.
Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan
huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi
dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi
oleh kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya
dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan
orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri
jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis
ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

1 comment:

Anonymous said...

isshhh....
tpuuuuuu...
smua tu bnr...
xkene pown dgn aku...